Selamatkah produk elektrik kita?
SM Mohamed Idris
Kedai-kedai di negara kita kini dibanjiri oleh pelbagai jenis produk elektrik dan elektronik. Banyak daripada produk ini kelihatan menarik dan inovatif, tetapi tidak direka bentuk dengan selamat dan boleh dipercayai. Ia tidak mempunyai label SIRIM dan juga murah.
-- Bagaimanapun, banyak kematian yang disebabkan oleh kejutan elektrik dan api telah dilaporkan yang disebabkan oleh produk elektrik yang tidak selamat. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar, pengimport, pengedar dan peruncit produk seperti ini.
Menurut tinjauan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini, produk yang terdapat di pasaran yang didapati tidak selamat termasuklah yang berikut:
* Lampu berdiri, lampu meja, dan lampu hiasan;
* Plug, soket, dan adaptor;
* Kabel dan aksesori elektrik
* Produk audio dan video;
* Ketuhar gelombang mikro, periuk nasi, dan peralatan pemanas air.
Walaupun menjadi satu mandatori untuk menggunakan label SIRIM terhadap produk ini, semuanya didapati tidak mempunyai label ini. Bagaimana produk seperti ini boleh memasuki pasaran? Ini bukanlah kes terpencil, tetapi kini telah menjadi satu perkara biasa di kedai-kedai elektrik di seluruh negara. Memandangkan ia dijual secara terbuka, kenapa pihak berkuasa tidak mampu untuk mengambil tindakan?
Kebanyakan produk ini dibuat menggunakan bahan mentah yang bermutu rendah atau bahan kitar semula. Tambahan pula, reka bentuk bidang yang kritikal tidak mampu untuk keselamatan.
Contohnya, kabel khusus untuk arus dan voltan tertentu, perlu direka bentuk dengan diameter tembaga pengalir, bagi memastikannya berfungsi tanpa pemanasan berlebihan. Tembaga pengalir perlu disalut menggunakan bahan yang sesuai dan ketebalan yang mencukupi untuk mengasingkan terhadap kebocoran dan litar pintas.
Jika kabel yang sama ini digunakan secara luaran untuk menyambung bekalan utama, maka ia perlu disalut dengan lapisan luar untuk melindungi pengguna daripada kejutan elektrik. Kabel yang dihubungkan dengan ketuhar gelombang mikro atau seterika elektrik seharusnya mempunyai lapisan fabrik luar untuk melindungi kabel daripada permukaan panas.
Orang ramai tidak seharusnya dianggap peka dengan keperluan teknikal yang sukar ini dan kenapa mereka perlu membelanjakan wang untuk produk elektrik berjenama yang kelihatan biasa dan tidak menarik? Bagaimanapun, syarikat terkemuka melabur sejumlah besar wang untuk penyelidikan, pengeluaran dan kemudahan ujian dalam usaha untuk memastikan kualiti, boleh dipercayai dan selamat dalam produk mereka dan ia mematuhi Standard Antarabangsa. Sebab itulah produk ini harganya lebih tinggi.
Adalah satu keperluan mandatori bagi mendapatkan sijil kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga diperolehi dalam usaha untuk mengeluar, mengimport, mempamer, menjual atau mengiklan produk elektrik. Semua produk elektrik/elektronik perlu mempunyai label SIRIM untuk menunjukkan bahawa produk itu disahkan mematuhi standard mandatori dan ia selamat untuk digunakan dalam keadaan tempatan. Label SIRIM yang baru untuk produk elektrik/elektronik juga mempunyai tanda ST untuk menunjukkan Suruhanjaya Tenaga, yang menjadi badan pengawal bagi produk elektrik.
CAP menggesa Suruhanjaya Tenaga menggandakan usaha penguatkuasaan dan mengambil langkah tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab produk elektrik/elektronik yang tidak selamat di pasaran. Lebih banyak kesedaran awam berhubung dengan keselamatan elektrik perlu diwujudkan. Tidak hanya pengguna perlu mengetahui produk mana yang selamat untuk dibeli, mereka juga harus mengetahui bagaimana untuk menggunakannya dengan selamat.
* Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

0 comments:
Post a Comment