LAWAK 1
Seorang wanita sedang berjalan menuju ke arah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"
"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.
"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?
"Dua puluh empat."
================
LAWAK 2
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.
Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "A! gak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".
Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya
================
LAWAK 3
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.
"Kenapa ni sayang?" tanya Salman.
"I diserang sakit jantung", jawab isterinya.
Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.
Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cubamenakutkan anak aku ye?"
================
LAWAK 4
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk... "
================
LAWAK 5
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... "
CrewTV3 : "Oooooooooooo. .. ... ."
================
LAWAK 6
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.
Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"
================
LAWAK 7
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka.
Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu.
Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... . " I AM ROBIN HOOD... ... ... ... "
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP. .. ... ... ... .!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata... ... . ... ... "I AM SORRY... .!!"
================
LAWAK 8
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai...
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "
================
LAWAK 9
Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan sebiji pisang pada Ali.
Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api memasuki terowong yang panjang.
Ali : Kau dah makan pisang tu?
Ahmad : Belum lagi...
Ali : Eloklahhh... .. Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata jadi buta!...
================
LAWAK 10
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani? "
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"

0 comments:
Post a Comment